NILAI KASIH IBU..BERAPA HARGANYA..???

Nilai Kasih Ibu


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :

Tolong pergi kedai RM1.00

Tolong jaga adik RM2.00

Tolong buang sampah RM1.00

Tolong kemas bilik RM2.00

Tolong siram bunga RM2.00

Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma

Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma

Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma

Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada muka surat yang ditulisnya.


Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."



Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.