PROUD TO BE MUSLIM


TUTORIAL PEMBINAAN BLOG

Tutorial

Berikut adalah tutorial-tutorial yang boleh didapati dalam blog ini:
1. Cara-cara membina blog dengan Blogger
2. Cara membuang link Newer Post, Home, Older Post
3. Cara membuang link Subscribe To: Post(Atom)
4. Membuang Navigation Bar
5. Membuat Warna Latar Teks
6. Menukar Warna Scroll Bar
7. Menukar Warna Latar
8. Cara Meletakkan Gambar Latar

sumber :http://bloggimana.blogspot.com/2009/01/tutorial.html

HARAP PELAJAR DAPAT MEMBINA BLOQ UNTUK KEBAIKAN SEMUA

FORM 2 PROJECT - CREATING BLOQ

Cara-cara Untuk Membina Blog

Berikut adalah cara-cara untuk membina blog dengan menggunakan Blogger.

1 Buka web browser anda dan pergi ke http://www.blogger.com/.

2 Anda mestilah mempunyai email untuk membuka akaun blog di Blogger, jika anda mempunyai akaun email 'gmail' atau google mail, anda boleh terus menggunakannya untuk sign in ke blogger.

Namun, jika anda menggunakan email dari provider lain. Klik 'Create A Blog' untuk mendaftar akaun baru. Pada borang yang keluar selepas itu, isikan maklumat email sedia ada anda serta maklumat-maklumat lain dan klik 'Continue'. Jika anda tidak anda email, anda boleh mendaftar satu di http://www.gmail.com/.

3 Dalam page seterusnya, anda sudah boleh mula membina blog anda dengan mengenalpasti nama blog dan alamat url blog yang diinginkan. Jika anda blogger baru, saya cadangkan anda mula dengan sesuatu yang anda tahu, seperti blog diri anda sendiri, hobi anda atau lain-lain. Klik continue sesudah menetapkan maklumat tersebut.

4 Langkah seterusnya akan membawa anda ke pilihan template. Template adalah latar belakang kepada blog yang akan anda bina. Pilih template yang anda suka, dan klik continue. Anda juga boleh menukar template kemudian jika anda ingin mencuba template yang lain.

5 Dengan hanya 4 langkah tadi, blog anda sudah pun siap dan sedia untuk di masukkan isi (content). Klik pada Start Blogging untuk ke laman seterusnya. Bahagian ini adalah lokasi dimana anda dapat mengolah atau mengubah suai blog anda. Perhatikan butang-butang ini:-

Posting : Bahagian ini memaparkan alat-alat atau tool yang akan anda gunakan untuk mengolah post anda. (Post adalah isi-isi atau cerita anda) Di sini, anda boleh membuat post baru, atau mengubah post yang sedia ada di samping mengolah komen-komen daripada visitor anda. Oleh kerana blog anda masih baru, maka anda tidak mempunyai sebarang komen.

- Setting : Bahagian ini memaparkan setting-setting asas blog anda seperti nama dan alamat blog yang anda tetapkan tadi, format-format post, bahasa dan lain-lain. Anda boleh meneroka fungsi-fungsi yang terdapat pada bahagian ini dan apa kegunaannya. Saya galakkan anda menerokanya setelah membuat beberapa post setelah anda membiasakan diri dengan isi-isi muka depan blog.

- Layout : Ini adalah bahagian di mana anda boleh mengolah atau mengubah suai keseluruhan rupa blog anda. Perhatikan pada bahagian Page Elements, rupa bentuk blog anda dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu iaitu Navbar, Header, Blog Posts, Gadget Side Bar dan Gadget Footer. Tajuk yang anda isi tadi akan ditunjuk pada bahagian Header, dan Posts akan diletakkan pada bahagian Blog Posts, dan bahagian Side Bar dan Footer terserahlah kepada anda untuk mengolahnya sebagai mana yang anda suka.

Add Gadget adalah tool yang boleh anda gunakan untuk memenuhi bahagian-bahagian itu. Seterusnya klik bahagian Fonts and Colors, tool di sini membolehkan anda mengubah warna-warna blog anda selain mengubah huruf yang anda gunakan. Jika tak faham maksud ayat disini, cuba cari dalam kamus English-Malay online.

Bahagian Edit Template pula adalah bahagian untuk mengubah sesuatu ciri blog anda secara manual dengan html coding. Biasakan dengan bahagian lain sebelum anda meneroka bahagian ini. Untuk mengubah template pula, anda boleh membuatnya pada bahagian Pick New Template.Setelah mengetahui sedikit sebanyak fungsi-fungsi tool Blogger, kembali semula pada bahagian Posting - Create untuk membuat posting anda yang pertama.
Tulislah apa sahaja yang anda suka dan ingat, posts adalah sebagai bahan yang anda sediakan untuk visitor-visitor anda, jadi posting seharusnya menarik dan padat dengan isi, jika anda tiada idea masa ini, cuba copy and paste bahan dari tempat lain untuk membiasakan diri anda dahulu.

Klik Publish Post setelah siap dan klik View Blog untuk melihat blog yang telah anda bina. Pada mulanya, anda mungkin akan rasa blog anda tidak menarik kerana - colour tak matching, nampak kosong, tajuk kecik sangat dan sebagainya. Tiada manusia yang baru lahir dan terus pandai, anda mestilah mengubah blog anda dari semasa untuk nampak lebih padat dan cantik.

Teruskan mencari dan menulis bahan-bahan yang menarik untuk blog anda. Practise makes perfect. Teruskan meneroka semua tool-tool yang terdapat di Blogger.

SUMBER DARIPADA :http://bloggimana.blogspot.com/2009/01/cara-cara-blog.html

DIHARAP IANYA AKAN MENJADI PANDUAN KEPADA PELAJAR DALAM PEMBINAAN BLOQ...SELAMAT MENCUBA..

PELAJAR HANYA DIBENARKAN MENULIS BLOQ BERKAITAN ISU -ISU SEMASA YANG TIDAK SENSATIF DAN TIDAK MELIBATKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU..CONTOHNYA : TENTANG ALAM SEKITAR, PEMANASAN GLOBAL DAN SEBAGAINYA..

TAJUK PENULISAN BLOQ AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP KUMPULAN PELAJAR..

BLOQ TERCANTIK DAN BERINFORMASI AKAN DIBERIKAN HADIAH..