IBU OH IBU...

penghayatan...



Ketika berusia setahun , ibu suapkan makanan

dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima

kasih kepadanya hanyalah dengan menangis

sepanjang malam.





Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita

bermain..kita ucapkan terima kasih dengan lari

sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.



Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan

makanan dengan penuh rasa kasih sayang..kita

ucapkan terima kasih dengan menumpahkan

makanan ke lantai.



Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak

pensil warna, kita ucap terima kasih dengan

menconteng dinding.



Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang

pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan

bergolek-golek dalam lopak kotor.



Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan

kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih

dengan menjerit : Tak Nak! Tak Nak!!



Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.

Cara mengucapkan terima kasih ialah kita

pecahkan tingkap jiran.



Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita

ucapkan terima kasih dengan mengotorkan

pakaian ibu.



Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke

sekolah..kita ucapkan terima kasih kepadanya

dengan ponteng kelas.



Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa

sehari suntuk menemankan kita kemana

sahaja..kita ucapkan terima kasih dengan tidak

bertegur sapa dengannya.



Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat

kerja sekolah..kita ucapkan terima kasih dengan

menonton televisyen.





Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian

yang menutup aurat..kita ucapkan terima kasih

kepadanya dengan memberitahu bahawa

pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.



Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat

perut untuk membayar wang persekolahan dan

asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya

dengan tidak menulis sepucuk suratpun.





Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan

rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan

terima kasih dengan mengunci pintu bilik.



Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira

apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke

IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya

dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.



Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah

membayar yuran pengajian , menghantar ke

kampus dan mengheret beg besar ke

asrama kita hanya ucapkan

selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana

malu dengan kawan-kawan.



Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita

ada teman istimewa, kita kata itu bukan urusan

ibu..



Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan

pandangan mengenai kerjaya kita kata saya tidak

mahu jadi seperti ibu..



Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan

perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu

kita katakan pada kawan-kawan perabot pilihan

ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!



Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan

bakal menantunya dan bertanyakan mengenai

perancangan masa depan, kita menjeling dan

merungut..ibu tolonglah!!



Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah

menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita.

Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia

sangat sayangkan

kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya

dengan berpindah jauh.



Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan

nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita

dengan megah berkata, itu dulu, sekarang zaman

moden..



Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon

mengingatkan mengenai kenduri kendara di

kampung.. kita berkata kami sibuk, tak ada masa

nak datang



Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan

meminta kita menjaganya, kita bercerita

mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa

yang menjadi beban kepada anak-anak.



Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita

ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !!

dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan

kita terhadap ibu menerpa satu persatu!