SOALAN PELAJAR : Window 32-bit Vs 64-bit

Assalamualaikum...
Baru-baru ini cikgu ada menerima soalan daripada MD. Fuzaimi Izani B. MD. Fauzi dari kelas 2 Berlian.
Soalannya : Apakah perbezaan antara Windows 7 32-bit dengan 64 bit?

Jawapan:

Sebenarnya bukan sistem Windows 7 sahaja yang mempunyai versi 32-bit atau 64-bit.
Contoh lain Windows Vista, Windows Xp, Windows 8 juga mempunyai versi 32-bit dan 64-bit.

Apa perbezaan kedua-duanya?

32-bit dan 64-bit  merujuk kepada cara  Pemporeses(CPU) memproses maklumat.
WINDOWS versi 64-BIT MEMPROSES MAKLUMAT LEBIH LAJU BERBANDING Windows 32-bits.

NAmun demikian, sama ada anda ingin menggunakan Versi 32-bit atau 64-bit ianya bergantung kepada perkakasan (hardware) anda dan keperluan anda.