Posted by
unitictsmkppasir ,
Tuesday, April 30, 2013
Oleh: Ani Nadila
Tarikh:
25 April 2013
Tahun lalu kami telah dedahkan tentang gajet berbentuk cermin mata
yang dinamakan Google Glass. Mungkin pada waktu itu ia lebih kedengaran
fictional berbanding realiti. Namun hakikatnya Google Glass bukan
sekadar gimik dan ia lebih hampir daripada apa yang kita bayangkan.
Penghantaran lebih 9 juta gajet berbentuk Google Glass khabarnya sedang
berlaku sekarang ini sehingga menjelang 2016. Ini membuktikan bahawa idea Google
Glass bukan satu gimik pemasaran oleh Google. Malah ada yang menyatakan bahawa
ia bakal dilihat di pasaran sebelum penghujung 2013.
Bagi mereka yang belum tahu apa itu Google Glass, ia boleh kami ringkaskan
sebagai satu idea tech terbesar sejak tablet dan smartphone. Komputer dan data
dibawakan ke pandangan menerusi cermin mata yang dilengkapi skrin paparan,
speaker, mikrofon, kamera, bateri dan cip dalam bingkai cermin mata.
Namun apa sebenarnya yang ia boleh lakukan?
Biar kami beritahu. Sekiranya idea Google Glass ini menjadi realiti dan akan
dapat kita lihat tidak lama lagi, boleh jadi kita akan melupakan smartphone. Ya
betul, kami serius ni.
Google Glass membolehkan kita mengambil gambar apa yang kita lihat menerusi
cermin mata ini dengan semudah arahan suara. Merakam video secara bebas tangan,
menavigasi jalan tanpa perlu gps, beri arahan untuk menghantar mesej (integrasi
android), kongsi apa juga di penglihatan terus ke circle atau tanya apa
sahaja yang terlintas di fikiran pada cermin mata (tidak sepelik yang anda
sangkakan).
Bagi kami ia sebuah gajet yang sangat Cool. Jika anda pernah tonton
cerita Mission Imposible di mana Keanu Reeves membaca misinya pada sebuah cermin
mata, anda akan faham apa sebenarnya Google Glass ini.
sumber : http://majalahpc.karangkraf.com/google-glass-bukan-sekadar-gimik-1.154078