Posted by
unitictsmkppasir ,
Tuesday, April 30, 2013
21 Cara ‘Power’ kan PC
Oleh: Syafiq Bakri
Apakah caranya supaya anda bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan di
samping memiliki desktop PC yang berkuasa tepat dengan selera anda?
1. Kesesuaian Random Access Memory (RAM)
Pengguna sedia maklum kapasiti RAM menentukan
kelancaran desktop anda. Tugasnya yang menjadi perumah penyimpanan sementara
apabila desktop berfungsi dan bekerja. Oleh itu, sesuaikan dengan keadaan. Jika
anda ingin prestasi lancar untuk ‘kerja berat”, tambah RAM ke slot desktop anda.
2GB mungkin mencukupi untuk kerja-kerja biasa tetapi kini jika dengan 8GB RAM
adalah cukup baik dan sesuai untuk prestasi unggul.
2. Hapuskan spyware
Asasnya, Spyware akan mengumpul maklumat peribadi
anda tanpa kebenaran. Serangan ini berisiko tinggi mendedahkan anda kepada
kebocoran maklumat. Selain daripada kebimbangan privasi, spyware turut boleh
menjejaskan prestasi komputer anda. Untuk memerangi spyware, anda mungkin ingin
mempertimbangkan untuk menggunakan imbasan keselamatan PC dari Windows Live
OneCare. Imbasan ini adalah perkhidmatan percuma yang membantu menyemak dan
membuang virus.
3. Fail DLL berlebihan
Selepas anda menghapuskan perisian yang pernah
dipasang, beberapa jenis fail DLL perlu dihapuskan daripada sistem pemacu. Ia
sudah tidak perlu digunakan oleh Windows lagi. Anda perlu ‘membersihkan’
daripada sistem sebelum ia mengambil alih ruangan kosong dan mengisi tempat
kosong di RAM anda. Apabila bertambah serius, respons desktop akan perlahan
kerana kekurangan RAM.
4. Laraskan kesan visual
Fungsinya boleh dilumpuhkan jika anda ingin desktop
kembali pada skala asal. Anda boleh mengoptimumkan prestasi dengan menukar cara
menu dan windows muncul. Selain itu, anda juga boleh membuat pilihan untuk
memilih mana yang tidak perlu satu persatu atau pun membiarkan Windows desktop
anda melakukannya secara automatik.
5. Bebaskan ruang pemacu
Aplikasi Disk Cleanup membantu anda untuk
membebaskan ruang pada pemacu keras anda untuk meningkatkan prestasi desktop. Ia
akan mengenal pasti fail yang anda boleh padam dengan selamat serta kemudiannya
turut membolehkan anda untuk memilih sama ada untuk memadam sebahagian atau
kesemua fail yang dikenal pasti.
6. Kad grafik
Mempunyai kad grafik yang baik adalah syarat
penting bagi yang gila ‘games’. Perincian yang ditawarkan memberikan
pengalaman kelancaran serta benar-benar membantu. Apabila grafik anda tidak
bersesuaian, itulah yang menyebabkan visual tersekat-sekat serta desktop
‘hang’. Anda perlu memeriksa keperluan sistem permainan dan mencari kad
grafik yang bersesuaian serta memenuhi keperluan sistem.
7. Laraskan tetapan kuasa
Menukar tetapan yang berkaitan dengan kuasa supaya
komputer anda bermula dari tetapan menjimatkan tenaga dengan lebih cekap. Selain
itu, sesuaikan penggunaan bateri untuk komputer mudah alih.
8. Optimumkan Registry
Biasanya apabila desktop anda mengalami beberapa
kesilapan atau pun mula tidak lancar, anda perlu optimumkan Registry anda
terlebih dahulu. Registry tanpa sedar ditakrifkan memberi impak yang besar
kerana mengandungi data yang tidak boleh diabaikan serta parameter pemacu
peranti, program perisian dan sistem anda. Selain itu, ia juga mengoperasi
sistem boots dan perintah lain.
9. Melumpuhkan Wireless Internet dan
Bluetooth
Jika anda tidak menggunakan internet atau
Bluetooth, mempertimbangkan untuk melumpuhkan perkakasan tersebut untuk
menjimatkan sumber.
10. Mengurus program mula (startup)
Beberapa program akan bermula secara automatik
apabila anda membuka Windows. Informasi, apabila terlalu banyak program yang
dibuka pada masa yang sama ia akan menyebabkan desktop anda bekerja dengan
perlahan. Untuk melumpuhkan program ini daripada permulaan dan meningkatkan
prestasi, gunakan Windows Defender.
11. Bersihkan paparan desktop
Kadang kala sikap terburu-buru membawa padah. Tidak
perlu memenuhkan paparan desktop anda dengan ikon pintasan, fail atau dokumen
yang dirasakan akan menjimatkan masa. Lupakan sahaja kerana ia menyebabkan
desktop anda menggunakan lebih banyak memori dan akhirnya menjadi beban.
Memanfaatkan folder ‘My Documents’ dan bersihkan paparan desktop. Anda akan
melihat peningkatan dalam prestasi.
Pilihan pengindeksan boleh membantu anda mencari
apa yang anda mahu dengan cepat dan mudah pada desktop anda. Anda boleh mencari
dengan lebih efisien apabila memfokuskan carian anda dengan tumpuan kepada
fail-fail dan folder yang anda biasa gunakan.
13. Mengesan dan membaiki ralat cakera
Di samping bertindak dengan melakukan Disk Cleanup
dan Disk Defragmenter untuk mengoptimumkan prestasi komputer anda, ada
alternatif lain yang turut berkesan menambahkan prestasi dengan boleh menyemak
integriti fail yang disimpan pada pemacu keras anda dengan menjalankan utiliti
Error Checking. Utiliti Error Checking mengimbas pemacu keras untuk sektor lama
dan mengimbas kesilapan sistem fail untuk melihat sama ada fail atau folder
tertentu yang tidak kena pada tempatnya.
14. Kosongkan Recyle Bin
Apabila anda memadamkan sesuatu, ia secara
automatik akan terus dibuang ke Recyle Bin. Ada sesetengah pengguna yang
terlepas pandang sehingga beribu-ribu fail, folder, imej, video tersimpan di
dalamnya. Mungkin di luar jangkaan tapi kapasiti storan turut terjejas. Ambil
langkah berjaga-jaga untuk hapuskan langsung fail lapuk yang sudah pasti tidak
bermanfaat lagi.
15. Belajar tentang ReadyBoost
Jika anda menggunakan Windows 7 atau Windows Vista,
anda boleh menggunakan ReadyBoost untuk mempercepatkan sistem anda. Satu konsep
baru dalam menambah ingatan kepada satu sistem, ia membolehkan anda menggunakan
pemacu flash USB atau memori kad untuk meningkatkan prestasi tanpa menambah
memori tambahan.
16. Buang bunyi kejadian
Jika anda melumpuhkan untuk terus menggunakan bunyi
‘kejadian’, operasi desktop anda sekurang-kuranya akan lebih stabil dengan
prestasi sedikit lancar dengan kebarangkalian untuk desktop anda ‘hang’
kurang.
17. Matikan Indeks Perkhidmatan Carian
Aplikasi ringkas perkhidmatan pengindeksan membantu
mengelaskan dan mengemas kini senarai semua fail pada komputer. Ia membantu anda
untuk melakukan carian untuk sesuatu yang lebih cepat kerana ia mengimbas
senarai indeks. Tetapi jika anda tahu di mana fail anda, anda boleh melumpuhkan
sistem perkhidmatan ini. Ia tidak akan melakukan sebarang kemudaratan kepada
anda sebaliknya mengurangkan bebanan desktop.
18. Defrag pemacu
Terbaik untuk strategi jangka panjang, Desktop anda
akan bekerja pada prestasi puncak, Usah khuatir untuk menjadikan tabiat defrag
windows pada pemacu keras anda. Ini akan membantu untuk mendapatkan fail anda
yang dianjurkan pada pemacu keras sebenar yang pastinya memberikan kesan
positif.
19. Nyahpasang program tidak berguna
Apabila terlalu banyak program yang dipasang, anda
mungkin tidak memerlukannya dalam kehidupan seharian sebenarnya. Jika anda pasti
tidak menggunakan perisian dan tidak akan ada sebarang rancangan untuk
menggunakannya pada masa hadapan, anda boleh nyahpasang untuk membebaskan ruang
pemacu keras dan sumber.
20. Kosongkan Prefetch cache
Untuk memperbaiki masa yang diperlukan ketika muat
turun program, Windows meneka fail yang mungkin diperlukan bersebelahan dan
memuatkannya ke dalam kolam atau 'cache'. Padam mana yang tidak perlu. Cache
akan cepat diisi semula dengan pautan dan fail Windows yang benar-benar perlu.
Hasilnya, sistem anda akan berasa lebih responsif dan mendapat manfaat daripada
peningkatan prestasi PC.
21. Resolusi skrin
Perlu tetapkan resolusi skrin pada tahap 15 bit
atau 16 bit untuk kedua-dua kelajuan dan memori penjimatan. Apabila berkeinginan
untuk bermain ‘games’ dan lain-lain tugasan khas yang memberikan
resolusi yang lebih baik, tetapkan tahap yang lebih tinggi.
sumber : http://majalahpc.karangkraf.com/mahir-it/21-cara-power-kan-pc-1.112394