Posted by
unitictsmkppasir ,
Sunday, May 19, 2013
http://majalahpc.karangkraf.com/6-rahsia-besar-gajet-perlu-anda-tahu-1.105414
Posted by
unitictsmkppasir ,
Thursday, May 16, 2013
Olympus Perkenalkan E-P5
Rabu, 15 Mei 2013 09:34 | Ditulis oleh Steven Irwandi |
Olympus akhirnya memperkenalkan suksesor dari kamera
mirrorless seri Pen E-P3, E-P5.
Olympus Pen E-P5 dibekali dengan sensor micro four thirds dengan resolusi 16 mega piksel. Sensor ini juga merupakan sensor yang sama yang digunakan pada seri OM-D E-M5, yang merupakan varian teratas dari kamera mirrorless Olympus. Pengguna bisa memilih rentang ISO dari 100 hingga 25600.
Menggunakan desain klasik khas kamera Pen dari era film, Olympus Pen E-P5 ini memiliki ukuran yang kompak namun berkualitas dengan penggunaan bahan metal di seluruh bagiannya.
Kamera ini dilengkapi dengan layar sentuh berukuran 3 inci yang bisa dilipat untuk memotret dalam berbagai sudut. Sama seperti beberapa seri mirrorless Olympus lainnya, Pen E-P5 ini juga memiliki kecepatan auto fokus terbaik di kelasnya. Bahkan kini, Olympus juga meningkatkan kecepatan pengambilan gambar pada Pen E-P5 ini hingga 9 frame per detik (5 frame per detik dengan menggunakan continous AF).
Olympus Pen E-P5 ini rencananya akan dijual dengan harga sekitar US$ 999 (body only). Belum ada informasi mengenai rencana kehadirannya di Indonesia.
Olympus Pen E-P5 dibekali dengan sensor micro four thirds dengan resolusi 16 mega piksel. Sensor ini juga merupakan sensor yang sama yang digunakan pada seri OM-D E-M5, yang merupakan varian teratas dari kamera mirrorless Olympus. Pengguna bisa memilih rentang ISO dari 100 hingga 25600.
Menggunakan desain klasik khas kamera Pen dari era film, Olympus Pen E-P5 ini memiliki ukuran yang kompak namun berkualitas dengan penggunaan bahan metal di seluruh bagiannya.
Kamera ini dilengkapi dengan layar sentuh berukuran 3 inci yang bisa dilipat untuk memotret dalam berbagai sudut. Sama seperti beberapa seri mirrorless Olympus lainnya, Pen E-P5 ini juga memiliki kecepatan auto fokus terbaik di kelasnya. Bahkan kini, Olympus juga meningkatkan kecepatan pengambilan gambar pada Pen E-P5 ini hingga 9 frame per detik (5 frame per detik dengan menggunakan continous AF).
Olympus Pen E-P5 ini rencananya akan dijual dengan harga sekitar US$ 999 (body only). Belum ada informasi mengenai rencana kehadirannya di Indonesia.
sumber : http://www.infokomputer.com/berita/1-latest-news/6281-olympus-perkenalkan-e-p5
Posted by
unitictsmkppasir ,
Tuesday, April 30, 2013
21 Cara ‘Power’ kan PC
Oleh: Syafiq Bakri
Apakah caranya supaya anda bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan di
samping memiliki desktop PC yang berkuasa tepat dengan selera anda?
1. Kesesuaian Random Access Memory (RAM)
Pengguna sedia maklum kapasiti RAM menentukan
kelancaran desktop anda. Tugasnya yang menjadi perumah penyimpanan sementara
apabila desktop berfungsi dan bekerja. Oleh itu, sesuaikan dengan keadaan. Jika
anda ingin prestasi lancar untuk ‘kerja berat”, tambah RAM ke slot desktop anda.
2GB mungkin mencukupi untuk kerja-kerja biasa tetapi kini jika dengan 8GB RAM
adalah cukup baik dan sesuai untuk prestasi unggul.
2. Hapuskan spyware
Asasnya, Spyware akan mengumpul maklumat peribadi
anda tanpa kebenaran. Serangan ini berisiko tinggi mendedahkan anda kepada
kebocoran maklumat. Selain daripada kebimbangan privasi, spyware turut boleh
menjejaskan prestasi komputer anda. Untuk memerangi spyware, anda mungkin ingin
mempertimbangkan untuk menggunakan imbasan keselamatan PC dari Windows Live
OneCare. Imbasan ini adalah perkhidmatan percuma yang membantu menyemak dan
membuang virus.
3. Fail DLL berlebihan
Selepas anda menghapuskan perisian yang pernah
dipasang, beberapa jenis fail DLL perlu dihapuskan daripada sistem pemacu. Ia
sudah tidak perlu digunakan oleh Windows lagi. Anda perlu ‘membersihkan’
daripada sistem sebelum ia mengambil alih ruangan kosong dan mengisi tempat
kosong di RAM anda. Apabila bertambah serius, respons desktop akan perlahan
kerana kekurangan RAM.
4. Laraskan kesan visual
Fungsinya boleh dilumpuhkan jika anda ingin desktop
kembali pada skala asal. Anda boleh mengoptimumkan prestasi dengan menukar cara
menu dan windows muncul. Selain itu, anda juga boleh membuat pilihan untuk
memilih mana yang tidak perlu satu persatu atau pun membiarkan Windows desktop
anda melakukannya secara automatik.
5. Bebaskan ruang pemacu
Aplikasi Disk Cleanup membantu anda untuk
membebaskan ruang pada pemacu keras anda untuk meningkatkan prestasi desktop. Ia
akan mengenal pasti fail yang anda boleh padam dengan selamat serta kemudiannya
turut membolehkan anda untuk memilih sama ada untuk memadam sebahagian atau
kesemua fail yang dikenal pasti.
6. Kad grafik
Mempunyai kad grafik yang baik adalah syarat
penting bagi yang gila ‘games’. Perincian yang ditawarkan memberikan
pengalaman kelancaran serta benar-benar membantu. Apabila grafik anda tidak
bersesuaian, itulah yang menyebabkan visual tersekat-sekat serta desktop
‘hang’. Anda perlu memeriksa keperluan sistem permainan dan mencari kad
grafik yang bersesuaian serta memenuhi keperluan sistem.
7. Laraskan tetapan kuasa
Menukar tetapan yang berkaitan dengan kuasa supaya
komputer anda bermula dari tetapan menjimatkan tenaga dengan lebih cekap. Selain
itu, sesuaikan penggunaan bateri untuk komputer mudah alih.
8. Optimumkan Registry
Biasanya apabila desktop anda mengalami beberapa
kesilapan atau pun mula tidak lancar, anda perlu optimumkan Registry anda
terlebih dahulu. Registry tanpa sedar ditakrifkan memberi impak yang besar
kerana mengandungi data yang tidak boleh diabaikan serta parameter pemacu
peranti, program perisian dan sistem anda. Selain itu, ia juga mengoperasi
sistem boots dan perintah lain.
9. Melumpuhkan Wireless Internet dan
Bluetooth
Jika anda tidak menggunakan internet atau
Bluetooth, mempertimbangkan untuk melumpuhkan perkakasan tersebut untuk
menjimatkan sumber.
10. Mengurus program mula (startup)
Beberapa program akan bermula secara automatik
apabila anda membuka Windows. Informasi, apabila terlalu banyak program yang
dibuka pada masa yang sama ia akan menyebabkan desktop anda bekerja dengan
perlahan. Untuk melumpuhkan program ini daripada permulaan dan meningkatkan
prestasi, gunakan Windows Defender.
11. Bersihkan paparan desktop
Kadang kala sikap terburu-buru membawa padah. Tidak
perlu memenuhkan paparan desktop anda dengan ikon pintasan, fail atau dokumen
yang dirasakan akan menjimatkan masa. Lupakan sahaja kerana ia menyebabkan
desktop anda menggunakan lebih banyak memori dan akhirnya menjadi beban.
Memanfaatkan folder ‘My Documents’ dan bersihkan paparan desktop. Anda akan
melihat peningkatan dalam prestasi.
Pilihan pengindeksan boleh membantu anda mencari
apa yang anda mahu dengan cepat dan mudah pada desktop anda. Anda boleh mencari
dengan lebih efisien apabila memfokuskan carian anda dengan tumpuan kepada
fail-fail dan folder yang anda biasa gunakan.
13. Mengesan dan membaiki ralat cakera
Di samping bertindak dengan melakukan Disk Cleanup
dan Disk Defragmenter untuk mengoptimumkan prestasi komputer anda, ada
alternatif lain yang turut berkesan menambahkan prestasi dengan boleh menyemak
integriti fail yang disimpan pada pemacu keras anda dengan menjalankan utiliti
Error Checking. Utiliti Error Checking mengimbas pemacu keras untuk sektor lama
dan mengimbas kesilapan sistem fail untuk melihat sama ada fail atau folder
tertentu yang tidak kena pada tempatnya.
14. Kosongkan Recyle Bin
Apabila anda memadamkan sesuatu, ia secara
automatik akan terus dibuang ke Recyle Bin. Ada sesetengah pengguna yang
terlepas pandang sehingga beribu-ribu fail, folder, imej, video tersimpan di
dalamnya. Mungkin di luar jangkaan tapi kapasiti storan turut terjejas. Ambil
langkah berjaga-jaga untuk hapuskan langsung fail lapuk yang sudah pasti tidak
bermanfaat lagi.
15. Belajar tentang ReadyBoost
Jika anda menggunakan Windows 7 atau Windows Vista,
anda boleh menggunakan ReadyBoost untuk mempercepatkan sistem anda. Satu konsep
baru dalam menambah ingatan kepada satu sistem, ia membolehkan anda menggunakan
pemacu flash USB atau memori kad untuk meningkatkan prestasi tanpa menambah
memori tambahan.
16. Buang bunyi kejadian
Jika anda melumpuhkan untuk terus menggunakan bunyi
‘kejadian’, operasi desktop anda sekurang-kuranya akan lebih stabil dengan
prestasi sedikit lancar dengan kebarangkalian untuk desktop anda ‘hang’
kurang.
17. Matikan Indeks Perkhidmatan Carian
Aplikasi ringkas perkhidmatan pengindeksan membantu
mengelaskan dan mengemas kini senarai semua fail pada komputer. Ia membantu anda
untuk melakukan carian untuk sesuatu yang lebih cepat kerana ia mengimbas
senarai indeks. Tetapi jika anda tahu di mana fail anda, anda boleh melumpuhkan
sistem perkhidmatan ini. Ia tidak akan melakukan sebarang kemudaratan kepada
anda sebaliknya mengurangkan bebanan desktop.
18. Defrag pemacu
Terbaik untuk strategi jangka panjang, Desktop anda
akan bekerja pada prestasi puncak, Usah khuatir untuk menjadikan tabiat defrag
windows pada pemacu keras anda. Ini akan membantu untuk mendapatkan fail anda
yang dianjurkan pada pemacu keras sebenar yang pastinya memberikan kesan
positif.
19. Nyahpasang program tidak berguna
Apabila terlalu banyak program yang dipasang, anda
mungkin tidak memerlukannya dalam kehidupan seharian sebenarnya. Jika anda pasti
tidak menggunakan perisian dan tidak akan ada sebarang rancangan untuk
menggunakannya pada masa hadapan, anda boleh nyahpasang untuk membebaskan ruang
pemacu keras dan sumber.
20. Kosongkan Prefetch cache
Untuk memperbaiki masa yang diperlukan ketika muat
turun program, Windows meneka fail yang mungkin diperlukan bersebelahan dan
memuatkannya ke dalam kolam atau 'cache'. Padam mana yang tidak perlu. Cache
akan cepat diisi semula dengan pautan dan fail Windows yang benar-benar perlu.
Hasilnya, sistem anda akan berasa lebih responsif dan mendapat manfaat daripada
peningkatan prestasi PC.
21. Resolusi skrin
Perlu tetapkan resolusi skrin pada tahap 15 bit
atau 16 bit untuk kedua-dua kelajuan dan memori penjimatan. Apabila berkeinginan
untuk bermain ‘games’ dan lain-lain tugasan khas yang memberikan
resolusi yang lebih baik, tetapkan tahap yang lebih tinggi.
sumber : http://majalahpc.karangkraf.com/mahir-it/21-cara-power-kan-pc-1.112394
Posted by
unitictsmkppasir ,
Oleh: Ani Nadila
Tarikh:
25 April 2013
Tahun lalu kami telah dedahkan tentang gajet berbentuk cermin mata
yang dinamakan Google Glass. Mungkin pada waktu itu ia lebih kedengaran
fictional berbanding realiti. Namun hakikatnya Google Glass bukan
sekadar gimik dan ia lebih hampir daripada apa yang kita bayangkan.
Penghantaran lebih 9 juta gajet berbentuk Google Glass khabarnya sedang
berlaku sekarang ini sehingga menjelang 2016. Ini membuktikan bahawa idea Google
Glass bukan satu gimik pemasaran oleh Google. Malah ada yang menyatakan bahawa
ia bakal dilihat di pasaran sebelum penghujung 2013.
Bagi mereka yang belum tahu apa itu Google Glass, ia boleh kami ringkaskan
sebagai satu idea tech terbesar sejak tablet dan smartphone. Komputer dan data
dibawakan ke pandangan menerusi cermin mata yang dilengkapi skrin paparan,
speaker, mikrofon, kamera, bateri dan cip dalam bingkai cermin mata.
Namun apa sebenarnya yang ia boleh lakukan?
Biar kami beritahu. Sekiranya idea Google Glass ini menjadi realiti dan akan
dapat kita lihat tidak lama lagi, boleh jadi kita akan melupakan smartphone. Ya
betul, kami serius ni.
Google Glass membolehkan kita mengambil gambar apa yang kita lihat menerusi
cermin mata ini dengan semudah arahan suara. Merakam video secara bebas tangan,
menavigasi jalan tanpa perlu gps, beri arahan untuk menghantar mesej (integrasi
android), kongsi apa juga di penglihatan terus ke circle atau tanya apa
sahaja yang terlintas di fikiran pada cermin mata (tidak sepelik yang anda
sangkakan).
Bagi kami ia sebuah gajet yang sangat Cool. Jika anda pernah tonton
cerita Mission Imposible di mana Keanu Reeves membaca misinya pada sebuah cermin
mata, anda akan faham apa sebenarnya Google Glass ini.
sumber : http://majalahpc.karangkraf.com/google-glass-bukan-sekadar-gimik-1.154078
Posted by
unitictsmkppasir ,
Thursday, April 18, 2013
Grafik dan animasi
percuma
Dalam web terdapat
banyak laman web yang menawarkan grafik dan animasi GIF secara percuma. Namun
begitu memilih yang terbaik bukanlah sebuah tugas yang mudah tetapi semua laman
web ini mempunyai sambungan kepada dan daripada satu sama lain. Pencarian grafik
yang sempurna mungkin menjadi satu ketagihan.
Animasi
menarik
Laman ini mendakwa
mempunyai lebih daripada 20,000 animasi GIF, latar belakang dan gambar. Yang
terbaik daripada laman ini adalah animasi GIF. Anda boleh dapatkan sebarang
animasi GIF daripada sukan kepada sambutan hari kebesaran dan anda boleh
gunakannya untuk laman anda. Selain itu anda boleh dapatkan kod tag meta,
tetingkap dan menu daripada laman ini.
http://www.gifanimations.com
Segalanya percuma
Anda akan mendapati
ribuan imej percuma untuk anda dapatkan dan gunakan. Ia juga mempunyai sambungan
kepada ribuan laman web grafik percuma. Anda boleh dapatkan animasi GIF,
garisan, bebola dan perentang di samping gambar yang terdapat dalam pelbagai
kategori. Gunakanlah sepuasnya.
http://www.allfree-clipart.com
Web kreatif
Laman ini mempunyai
sebuah kemudahan untuk membina perentang, bebutang dan logo secara percuma. Ia
menawarkan pembinaan logo dan bebutang yang cepat, mudah dan percuma. Banyak
perentang yang menarik boleh dihasilkan daripada laman web ini.
http://www.Crecon.com/banners.html
Foto percuma
Anda boleh
memuaturun lebih daripada 18,000 foto percuma yang dibahagikan kepada 40 jenis
kategori dan 600 subkategori. Antara imej-imej yang boleh didapati adalah
daripada Eropah, Timur Australia dan UK. Sebuah laman foto yang menarik dan yang
pentingnya percuma.
http://www.freefoto.com
Grafik percuma
Terdapat lebih
daripada 30,000 imej, animasi, bebutang, ikon dan grafik untuk anda pilih. Laman
ini merupakan salah satu laman grafik terbesar dalam web. Jika anda seorang yang
baru ingin memulakan laman web, pergilah ke laman web ini.
http://www.free-graphics.com
Foto percuma lagi
Laman ini
menawarkan pelbagai jenis gambar foto untuk anda gunakan. Kebanyakan foto dalam
laman ini menawarkan imej alam sekitar, angkasa lepas dan tempat-tempat menarik
di Amerika Syarikat. Perlukan foto menarik dan percuma, inilah lamannya.
http://www.freestockphotos.com
Animasi Ulead
Laman ini
menyediakan pelbagai animasi GIF menarik untuk sambutan perayaan-perayaan dan
juga cuti umum. Apabila anda memilih untuk mendapatkan sesebuah imej, sebuah
tetingkap akan memaparkan saiz dan arahan muat turun. Selamat ambil imej!
http://www.webutilities.com/community/gifzone/libraries/default.asp
Audio percuma
Jika anda
memerlukan fail MIDI untuk laman web anda, laman ini adalah sesuai untuk anda.
Anda boleh mencari menurut nama fail atau jenis fail. Lagu Siti Nurhaliza ada
ke?
http://www.freeaudioclips.com
Muzik untuk laman
web
Semua muzik dalam
laman web ini dikategorikan menurut panjang dan tema seperti Italian, Hard Rock
dan Pop. Terdapat pelbagai jenis lagu yang sesuai menurut mood anda. Setelah
mengambil muzik daripada laman ini pastikan yang anda memberikan kredit kepada
tuan punya laman ini.
http://www.mfwp101.com/freemusic.html
SUMBER : http://jalalmpc.tripod.com/icons1.htm
Posted by
unitictsmkppasir ,
Monday, April 1, 2013
Storan
alternatif
Penggunaan
peranti-peranti peribadi seperti kamera digital, kamera video digital dan
pengimbas memerlukan ruang cakera keras yang banyak dalam komputer kerana
imej-imej yang hendak disimpan adalah besar. Seminit video memerlukan kira-kira
15MB ruang cakera keras dan sebuah foto digital dengan resolusi 2400 x 1800
piksel memerlukan kira-kira 1MB. Bayangkan jumlah ruang yang diperlukan jika
anda mahu menyimpan video dan foto yang banyak.
Walaupun cakera
keras merupakan storan yang baik dan pantas tetapi cakera keras hanya sesuai
untuk perisian yang disimpan di dalamnya. Hanya segelintir perisian sahaja yang
boleh mengendalikan grafik dan video yang disimpan dalam cakera keras anda.
Anda perlukan
storan sekunder alternatif supaya anda boleh memindahkannya dan menggantikan
dengan katrij baru, cakera atau disket baru. Biasanya anda menggunakan pemacu
disket 1.44MB dan kini ia tidak memberikan ruang yang banyak untuk fail-fail
imej dan teks yang panjang. Kini anda bernasib baik dan mempunyai beberapa
pilihan storan yang banyak dan anda boleh mempunyai ruang yang luas untuk
menyimpan gambar dan video. Kemudian pilihan anda bergantung kepada jumlah wang
yang anda mampu belanjakan untuk mendapatkan jenis storan yang baik dan juga
jumlah kapasiti yang anda mahu. Lebih besar kapasiti lebih mahal harganya dan
lebih baik keupayaan storan lebih mahal juga harganya.
Pemacu magnetik
mudahalih
Terdapat dua jenis
pemacu mudahalih berkapasiti tinggi iaitu optikal dan magnetik. Pemacu optikal
adalah seperti pemacu CD dan DVD di mana penggunaan cahaya laser untuk membaca
dan menulis kandungannya. Cakera ini mempunyai jangka hayat yang lebih panjang
daripada cakera magnetik di mana maklumat digital ditulis secara magnetik di
permukaan media. Storan media jenis ini mempunyai masa hadapan yang cemerlang di
mana pasaran CD-RW meningkat sebanyak 93% pada tahun 2000 dan pemacu DVD
boleh-rekod pula meningkat 213% kepada sejumlah 847,000 pemacu. Manakala pasaran
media magnetik pula adalah bergantung kepada pengguna dan jenama-jenama seperti
Zip, Jaz dan ORB pasti mendapat tempat. Contohnya jumlah pemacu Zip telah
mencapai 32 juta unit sejak 5 tahun lalu.
Zip
Pemacu Iomega Zip
merupakan penguasa pasaran storan magnetik mudahalih dan ia mempunyai kapasiti
sejumlah 100MB dan 250MB yang menggunakan pemacu berkeupayaan membaca kapasiti
cakera tertentu sahaja. Pemacu Zip 100MB hanya boleh membaca cakera 100MB sahaja
tetapi pemacu 250MB boleh membaca cakera 100MB dan 250MB.
Walaupun cakera Zip
hanya boleh digunakan dengan pemacu Zip sahaja dan tiada pengeluar lain yang
boleh mengeluarkannya tetapi anda boleh menggunakannya tanpa ragu kerana ia
sungguh popular. Pemacu Zip juga murah harganya berbanding dengan storan lain,
harga pemacu Zip 100MB ialah kira-kira RM480 dan pemacu 125MB pula kira-kira
RM670. Manakala cakera 100MB berharga lebih kurang RM35 dan cakera 250MB
berharga kira-kira RM65.
Pemacu Zip
merupakan pilihan yang baik untuk menyimpan gambar-gambar dan fail grafik ke
luar daripada cakera keras. Tetapi pemacu Zip tidak sesuai untuk disimpan
fail-fail video kerana saiznya yang agak terhad dan kadar operasi pemacu adalah
perlahan iaitu 1.4MBps untuk 100MB dan 2.4MBps untuk 250MB.
SuperDisk
Pemacu SuperDisk
daripada Imation adalah pesaing terdekat kepada pemacu Zip. Pemacu SuperDisk
mempunyai kapasiti sebanyak 120MB dan ia mempunyai saiz yang sama dengan disket
1.44MB. anda juga boleh menggunakan disket 1.44MB dalam pemacu SuperDisk.
Harga pemacu
SuperDisk adalah berpatutan dan ia sesuai untuk storan grafik. Harga pemacu
SuperDisk ialah kira-kira RM400 dan cakeranya berharga kira-kira RM40 setiap
satu. Walaupun ia sesuai untuk grafik tetapi ia tidak mampu menanggung video
yang berat. Kadar perpindahan data ialah 1.1MBps iaitu lebih kurang sama dengan
pemacu Zip.
Jaz
Pemacu Iomega Jaz
adalah lebih besar dan lebih pantas berbanding dengan Zip. Pemacu Jaz boleh
menyimpan 1GB dan 2GB setiap cakera. Oleh kerana ia mempunyai kapasiti yang
besar ia menawarkan pilihan yang baik untuk pengguna komputer yang memerlukan
storan untuk video dan fail grafik. Jaz 2GB boleh menyimpan sehingga 2,000 foto,
3.2 jam muzik dan 40 minit video berkualiti tinggi.
Pemacu Jaz juga
mempunyai kelajuan yang baik iaitu 10ms ketika membaca data dan 12ms ketika
menulis data. Kadar perpindahan data ialah 8MBps iaitu dua kali ganda lebih laju
daripada pemacu Zip dan SuperDisk. Namun begitu harga pemacu Jaz lebih tinggi
daripada Zip dan SuperDisk. Pemacu 2GB berharga lebih kurang RM950 manakala
harga medianya pula adalah kira-kira RM290.
ORB
Pemacu ORB daripada
Castlewood Systems merupakan sebuah lagi storan luaran yang besar iaitu 2.2GB
dan ia lebih besar daripada Jaz. Harga ORB pula ialah kira-kira RM540 dan
medianya pula berharga kira-kira RM95.
Pemacu ORB
menggunakan teknologi MR (Magnetoresistive) yang membolehkan data dikumpulkan
dengan banyak pada katrij 2.2GB ORB. Ia mempunyai kadar perpindahan data pada
12.2MBps (lebih laju daripada Jaz) dan ia mempunyai keupayaan video dan imej
yang baik. ORB mempunyai keupayaan storan 2 jam video dan lebih 2,000 foto.
Pengeluar ORB juga akan mengeluarkan modul untuk VCR dan kamera video untuk
merakam video digital pada cakera ORB.
Pemacu optikal
Terdapat dua
kategori storan optikal iaitu CD dan DVD yang terbahagi kepada beberapa jenis
iaitu CD-R, CD-RW, DVD-RAM, DVD+RW dan DVD-RW. Storan optikal ini popular kerana
ia mudah digunakan dan serasi untuk semua jenis PC yang mempunyai pemacu CD atau
DVD.
CD
Tidak semua jenis
CD merupakan media baca-sahaja. Kini terdapat juga pemacu CD-RW atau CD-R yang
membolehkan anda merekod data anda kepada CD. CD-R membenarkan anda menulis data
digital kepada cakera CD-R sekali sahaja dan anda tidak boleh memadam atau
menulis data buat kali kedua. Pemacu CD-RW pula membenarkan anda menulis data
kepada cakera CD-RW seberapa banyak kali yang anda mahu dan menulis kepada
cakera CD-R sekali sahaja.
Pemacu CD-RW adalah
agak mahal sedikit daripada pemacu ORB dan ia berharga di antara RM550 hingga
RM1,600 bergantung kepada model dan pengeluarnya. Media untuk CD-R dan CD-RW
adalah murah iaitu kira-kira RM3.00 untuk cakera CD-R dan kira-kira RM8 hingga
RM10 untuk cakera CD-RW.
Kelajuan pemacu
CD-RW melakukan perpindahan data bergantung kepada setiap model. Untuk
menentukan kadar perpindahan data sesebuah pemacu anda perlu lihat pada kelajuan
putaran seperti 1X, 10X, 12X dan ada sehingga 52X. Pada kelajuan 1X kadar
perpindahan data ialah 150KBps, dengan itu lebih tinggi kelajuan putaran lebih
tinggi kadar perpindahan data. Contohnya pemacu 2X mempunyai kadar perpindahan
data sebanyak 300KBps dan 32X pula ialah pada 4,800KBps.
Pemacu-pemacu ini
mempunyai lebih daripada satu kelajuan putaran iaitu kelajuan putaran ketika
pemacu membaca dan kelajuan putaran ketika data ditulis. Contohnya pemacu
Creative Labs CD-RW Blaster 12-10-32 mempunyai keupayaan membaca data pada 32X,
menulis kepada CD-R pada 12X dan menulis kepada CD-RW pada 10X.
Pemacu CD-RW hanya
boleh menanggung 650MB pada satu cakera iaitu lebih rendah daripada Jaz dan ORB.
Dengan itu ia tidak boleh menyimpan video yang banyak tambahan pula harganya
adalah menyamai Jaz. Namun begitu CD-RW boleh dibaca oleh sebarang pemacu CD dan
DVD yang ada pada sebarang jenama komputer dan ia juga mudah disimpan serta
ringan untuk dibawa.
DVD
DVD juga mempunyai
media yang boleh ditulis dan menyimpan data dengan banyak. Pemacu DVD-R boleh
digunakan untuk pengguna yang mahu menyimpan data dalam jumlah yang amat besar.
Sehingga kini terdapat tiga jenis DVD boleh rakam iaitu DVD-RAM, DVD+RW dan
DVD-RW. Malangnya setiap standard hanya boleh digunakan pada medianya yang
tersendiri sahaja dan tidak boleh bertukar-ganti atau berkongsi media.
DVD boleh menyimpan
data dalam jumlah yang besar iaitu daripada 4.7GB hingga 17GB. Ini boleh kerana
pemacu DVD boleh mengendalikan data pada cakera DVD dengan baik dan cekap pada
kedua-dua belah cakera. Cakera DVD boleh rakam pula mempunyai storan yang kecil
sedikit contohnya DVD-RAM hanya boleh menyimpan sejumlah 5.2GB hingga 9.4GB data
pada kedua-dua belah cakera.
Kadar perpindahan
data juga adalah lebih pantas berbanding dengan pemacu CD. Kadar perpindahan
data bagi sebuah pemacu DVD iaitu 1,350KBps untuk 1X. Dengan itu kebanyakan
pemacu mempunyai 2X kelajuan bacaan dan 1X kelajuan menulis. Pemacu DVD juga
sesuai untuk penyimpanan fail grafik dan video kerana saiz storannya yang besar
dan kadar perpindahan data yang tinggi. Manakala harga sebuah pemacu DVD adalah
di antara RM1,200 hingga RM3,100 dan harga cakera pula adalah di antara RM70
hingga RM120 sekeping.
Storan di
Internet
Satu lagi storan
yang semakin popular ialah storan dalam talian di Internet. Anda boleh menyimpan
bukan sahaja video dan gambar grafik tetapi juga lagu-lagu MP3 dan fail-fail
dokumen. Malah terdapat juga gerbang web storan yang menyediakan kemudahan
capaian untuk pengguna lain yang mendapat kebenaran daripada anda.
Antara storan
percuma yang terdapat di dalam internet ialah MySpace.com yang menyediakan sejumlah 300MB
ruang storan, Driveway untuk 25MB storan,
Xdrive untuk 100MB storan, idrive untuk 50MB storan dan FreeDrive untuk 50MB storan.
Kesejahteraan
storan
Storan merupakan
salah satu komponen penting dalam penggunaan dan penyimpanan data. Tidak kira
apakah jenis data yang digunakan atau yang hendak disimpan storan adalah satu
media yang utama bagi pengguna. Tanpa storan dalaman atau luaran data pasti
tidak akan dapat disimpan dan diarkibkan dengan baik. Anda boleh memilih untuk
menggunakan cakera keras atau CD-R atau CD-RW atau DVD-R atau DVD+RW atau Jaz
atau Zip atau ORB untuk menyimpan data-data anda. Tepuk dada tanyalah selera.
SUMBER : dari Majalah PC #53 - http://jalalmpc.tripod.com/storan1.htm
Posted by
unitictsmkppasir ,
Monday, March 4, 2013
Simbol-Simbol Keselamatan Di Makmal Komputer
Amaran
Kejutan Elektrik / Litar Pintas
· Peringatan
risiko berlakunya kejutan elektrik dan litar pintas sistem unit serta perkakas
komputer yang lain.
· Jauhkan
perkakas komputer daripada penyaman udara untuk mengelakkan titisan air penyaman
udara terkena peralatan komputer yang boleh mengakibatkan kejutan elektrik dan
litar pintas, yang boleh merosakkan komputer dan boleh mendatangkan bahaya.
Elakkan perkakas komputer daripada terkena cecair (terutamanya air).
Tanda
Peringatan Utamakan Keselamatan
· Sentiasa
berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri sewaktu berada dimakmal
komputer.
· Terutamanya
ketika kerja-kerja membaiki dan membaik pulih komputer.
· Mengutamakan
keselamatan diri dapat mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan, mahupun
kehilangan nyawa.
Terdapat
perkakas dan peralatan yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya tidak
mementingkan keselamatan.
Amaran
Larangan Merokok
· Tidak
dibenarkan merokok didalam makmal komputer.
· Mengelakkan
pencemaran udara yang boleh menyebabkan sesak nafas dan sebagainya.
· Api
dan punting rokok boleh menyebabkan risiko berlakunya kebakaran makmal
komputer.
· Debu
abu rokok boleh memasuki unit sistem yang boleh merosakkannya dan menyebabkan
litar elektronik berkarat.
Dilarang
Berlari, Berkejaran dan Bergurau Senda
· Mengelakkan
daripada terjatuh, terseliuh, tersadung, dan sebagainya, yang boleh menyebabkan
kecederaan.
· Bagi
mengelakkan kerosakan dan litar pintas akibat terpaut kabel komponen dan
peralatan komputer.
· Mengelakkan
kerosakan kabel system rangkaian komputer yang menghubungkan semua unit sistem
didalam makmal komputer.
· Mengelakkan
monitor atau system unit terjatuh atau beralaih tempat kedudukan asalnya yang
boleh merosakkan komputer tersebut seperti skrin monitor retak atau pecah,
pemacu keras rosak akibat gegaran, dan sebagainya.
Dilarang
Membuang Sampah Merata-rata
· Dilarang
membuang sampah merata-rata untuk menjaga kebersihan makmal
komputer.
· Mengelakkan
habuk dan kotoran dari sampah memasuki system unit yang boleh menarik perhatian
serangga seperti semut dan cicak, boleh merosakkan peralatan dan komponen
komputer.
· Mengelakkan
bau busuk dan tidak menyenangkan didalam makmal komputer.
Posted by
unitictsmkppasir ,
Sunday, March 3, 2013
Assalamualaikum...
Baru-baru ini cikgu ada menerima soalan daripada MD. Fuzaimi Izani B. MD. Fauzi dari kelas 2 Berlian.
Soalannya : Apakah perbezaan antara Windows 7 32-bit dengan 64 bit?
Jawapan:
Sebenarnya bukan sistem Windows 7 sahaja yang mempunyai versi 32-bit atau 64-bit.
Contoh lain Windows Vista, Windows Xp, Windows 8 juga mempunyai versi 32-bit dan 64-bit.
Apa perbezaan kedua-duanya?
32-bit dan 64-bit merujuk kepada cara Pemporeses(CPU) memproses maklumat.
WINDOWS versi 64-BIT MEMPROSES MAKLUMAT LEBIH LAJU BERBANDING Windows 32-bits.
NAmun demikian, sama ada anda ingin menggunakan Versi 32-bit atau 64-bit ianya bergantung kepada perkakasan (hardware) anda dan keperluan anda.
Posted by
unitictsmkppasir ,
Friday, February 15, 2013
Peraturan Dan Keselamatan
1. Makmal komputer
2. Penjagaan cakera dan komputer.
3. Keselamatan pengguna dan data.
4. Pengenalan kepada virus komputer dan langkah-langkah pencegahan
Peraturan Makmal komputer
1. Masuk pada masa yang dibenarkan sahaja
2. Dilarang membawa beg ke dalam makmal
3. Dilarang membawa makanan atau minuman
4. Dilarang membawa cakera perisian / disket luar
5. Tidak dibenarkan memakai kasut
6. Peraturan Makmal komputer
7. Dilarang mengusik sambungan wayar pada komputer
8. Membersihkan meja komputer masing-2
9. Jika terdapat : -laporkan pd guru
a. Bunyi yg ganjil
b. Bau benda terbakar
c. Bahagian dalam komputer yang terlalu panas
d. Keadaan yg disyaki tak normal
1. Masuk pada masa yang dibenarkan sahaja
2. Dilarang membawa beg ke dalam makmal
3. Dilarang membawa makanan atau minuman
4. Dilarang membawa cakera perisian / disket luar
5. Tidak dibenarkan memakai kasut
6. Peraturan Makmal komputer
7. Dilarang mengusik sambungan wayar pada komputer
8. Membersihkan meja komputer masing-2
9. Jika terdapat : -laporkan pd guru
a. Bunyi yg ganjil
b. Bau benda terbakar
c. Bahagian dalam komputer yang terlalu panas
d. Keadaan yg disyaki tak normal
Peraturan Makmal komputer
1. Jangan buat sebarang perubahan 'setting' pada 'desktop' komputer
2. Jika ada masalah dptkan bantuan dr guru
3. Sentiasa 'scan' virus
4. Jika anda pengguna terakhir, pastikan :
5. Lampu, penghawa dingin, komputer ditutup mengikut prosedur tertentu.
6. Ketua kelas pastikan semua komputer di-'shutdown'
7. Jaga ketenteraman makmal, jgn buat bising & bergurau senda
8. Peraturan Dan Keselamatan:
9. Makmal komputer
10. Penjagaan cakera dan komputer.
11. Keselamatan pengguna dan data.
12. Pengenalan kepada virus komputer dan langkah-langkah pencegahan
1. Jangan buat sebarang perubahan 'setting' pada 'desktop' komputer
2. Jika ada masalah dptkan bantuan dr guru
3. Sentiasa 'scan' virus
4. Jika anda pengguna terakhir, pastikan :
5. Lampu, penghawa dingin, komputer ditutup mengikut prosedur tertentu.
6. Ketua kelas pastikan semua komputer di-'shutdown'
7. Jaga ketenteraman makmal, jgn buat bising & bergurau senda
8. Peraturan Dan Keselamatan:
9. Makmal komputer
10. Penjagaan cakera dan komputer.
11. Keselamatan pengguna dan data.
12. Pengenalan kepada virus komputer dan langkah-langkah pencegahan
Penjagaan cakera1. Jangan sentuh permukaan di permukaan disk
2. Jangan menulis di atas label disk
3. Simpan dalam kotak khas bila tak digunakan
4. Jangan merokok, makan atau minum berdekatan disk
5. Pegang pada tepi (edges) disk
6. Jangan tindan disk dengan disk-disk yang lain
7. Simpan tempat kering
8. Elak dari terkena pancaran cahaya matahari secara berterusan
9. Elak dari terkena medan magnet
10. Elak dari kecederaan secara fizikal
11. Jangan terkena air
2. Jangan menulis di atas label disk
3. Simpan dalam kotak khas bila tak digunakan
4. Jangan merokok, makan atau minum berdekatan disk
5. Pegang pada tepi (edges) disk
6. Jangan tindan disk dengan disk-disk yang lain
7. Simpan tempat kering
8. Elak dari terkena pancaran cahaya matahari secara berterusan
9. Elak dari terkena medan magnet
10. Elak dari kecederaan secara fizikal
11. Jangan terkena air
Penjagaan Komputer
1. Gunakan AVR (penstabil kuasa elektrik)
2. Letak di sudut yang tidak panas
3. Elak dari persekitaran berhabuk
4. Sentiasa 'scandisk' dan 'defragmental'
5. Sentiasa 'scan virus'
6. Tutup komputer bila tak digunakan
7. Jangan guna komputer dengan terlalu lama
8. Peraturan Dan Keselamatan:
9. Makmal komputer
10. Penjagaan cakera dan komputer
11. Keselamatan pengguna dan data
12. Pengenalan kepada virus komputer dan langkah-langkah pencegahan
1. Gunakan AVR (penstabil kuasa elektrik)
2. Letak di sudut yang tidak panas
3. Elak dari persekitaran berhabuk
4. Sentiasa 'scandisk' dan 'defragmental'
5. Sentiasa 'scan virus'
6. Tutup komputer bila tak digunakan
7. Jangan guna komputer dengan terlalu lama
8. Peraturan Dan Keselamatan:
9. Makmal komputer
10. Penjagaan cakera dan komputer
11. Keselamatan pengguna dan data
12. Pengenalan kepada virus komputer dan langkah-langkah pencegahan
Keselamatan Pengguna& Data
1. Serangan virus, penggodam & kerosakan pada komputer itu sendiri
2. Sentiasa scan virus
3. "update" perisian antivirus
4. Setkan kod rahsia (kata laluan / password)
5. Jangan padam fail sistem - c:\windows\
6. Sentiasa buat backup sistem
7. Guna komputer dengan cermat
8. Peraturan Dan Keselamatan:
9. Makmal komputer
10. Penjagaan cakera dan komputer
11. Keselamatan pengguna dan data
12. Pengenalan kepada virus komputer dan langkah-langkah pencegahan
1. Serangan virus, penggodam & kerosakan pada komputer itu sendiri
2. Sentiasa scan virus
3. "update" perisian antivirus
4. Setkan kod rahsia (kata laluan / password)
5. Jangan padam fail sistem - c:\windows\
6. Sentiasa buat backup sistem
7. Guna komputer dengan cermat
8. Peraturan Dan Keselamatan:
9. Makmal komputer
10. Penjagaan cakera dan komputer
11. Keselamatan pengguna dan data
12. Pengenalan kepada virus komputer dan langkah-langkah pencegahan
VIRUS
Program that copies itself into other programs and spreads though multiple computer; ofter designed to damage a computer by destroying or corrupting its data.
Program that copies itself into other programs and spreads though multiple computer; ofter designed to damage a computer by destroying or corrupting its data.
Program yg menyalin dirinya sendiri ke program yg lain dan merebak kepelbagai komputer. Ia direka bentuk untuk merosakkan komputer dengan merosakkan data Program yg menyalin dirinya sendiri ke program yg lain dan merebak kepelbagai komputer.
Ia direka bentuk untuk merosakkan komputer dengan merosakkan data. Virus kelihatan seperti perisian biasa. Tujuan virus adalah semata-mata merosakkan atucara dan data komputer.
Ia dihasilkan oleh :
Ia dihasilkan oleh :
Pengatucara yang berniat jahat
Terhasil akibat atucara dalam sesuatu perisian itu rosak
Pengatucara yang berniat jahat
Mendapatkan keuntungan dari kerugian orang lain
Meceroboh sesuatu rangkaian
Untuk memuaskan hati
Ujian atucara
Terhasil akibat atucara dalam sesuatu perisian itu rosak
Pengatucara yang berniat jahat
Mendapatkan keuntungan dari kerugian orang lain
Meceroboh sesuatu rangkaian
Untuk memuaskan hati
Ujian atucara
Terhasil akibat atucara dalam sesuatu perisian itu rosak
Virus wujud dengan sendiri
Virus wujud dengan sendiri
Penyebaran virus :
Pembiakannya adalah menyalin diri sendiri
Merebak melalui e-mail
Atucara dalam sistem papan induk (motherboard)
Pembiakannya adalah menyalin diri sendiri
Merebak melalui e-mail
Atucara dalam sistem papan induk (motherboard)
Langkah-langkah pencegahan virus
1. Sentiasa scan virus
2. Mengemaskini (update) perisian anti-virus
3. Elak dari membuka e-mail yang tidak diketahui kandungannya dan siapa pengirimnya
4. Peka dengan berita semasa tentang serangan virus
5. Tingkatkan pengetahuan tentang virus dan cara ia merebak
6. Contoh perisian antivirus
PC-cillin
Symantec Norton AntiVirus 2002
Network Associates McAfee
Dr Solomon's
Trend Micro
1. Sentiasa scan virus
2. Mengemaskini (update) perisian anti-virus
3. Elak dari membuka e-mail yang tidak diketahui kandungannya dan siapa pengirimnya
4. Peka dengan berita semasa tentang serangan virus
5. Tingkatkan pengetahuan tentang virus dan cara ia merebak
6. Contoh perisian antivirus
PC-cillin
Symantec Norton AntiVirus 2002
Network Associates McAfee
Dr Solomon's
Trend Micro
JENIS VIRUS
ActiveX malicious code - ATVX
Boot sector viruses - no prefix
COM and EXE file infectors - PE, NE, or no prefix
Executable and Link format - ELF
Joke programs - JOKE
Java malicious code - JAVA
Macro viruses - W2KM, W97M, X97M, P97M, A97M, WM, XM, V5M
Trojan horses - TROJ
VBScript, JavaScript or HTML viruses - VBS, JS, HTML
ActiveX malicious code - ATVX
Boot sector viruses - no prefix
COM and EXE file infectors - PE, NE, or no prefix
Executable and Link format - ELF
Joke programs - JOKE
Java malicious code - JAVA
Macro viruses - W2KM, W97M, X97M, P97M, A97M, WM, XM, V5M
Trojan horses - TROJ
VBScript, JavaScript or HTML viruses - VBS, JS, HTML
CONTOH VIRUS
Nimda
Sircam
Code
Badtrans
MTX
MELISSA
ILOVEYOU
WORM_BADTRANS.B
TROJ_GLACIER.C WORM_AVONER.A WORM_GONE.A
Nimda
Sircam
Code
Badtrans
MTX
MELISSA
ILOVEYOU
WORM_BADTRANS.B
TROJ_GLACIER.C WORM_AVONER.A WORM_GONE.A
SUMBER: http://ssmbp.tripod.com/nota_komputer/bab1.htm
Posted by
unitictsmkppasir ,
Wednesday, January 2, 2013
Oleh: Syafiq Bakri
Tarikh:
20 November 2012
Kamera Web
1.Login wajah
Aplikasi pengenalan muka sebagai login peranti telah digunakan pada beberapa
model laptop seperti Toshiba dan Lenovo, juga pada smartphone dan tablet.
Tetapi, anda perlu tahu bahawa ia juga boleh dilakukan di komputer dengan
menggunakan kamera web. Menerusi perisian LemonScreen anda boleh duduk depan
komputer, imbas muka dan mula menggunakan komputer Windows anda. Jom buat
beberapa mimik muka!
2. Buat siaran langsung
Kini, sangat mudah untuk anda bersiaran langsung di Internet dengan
menggunakan kamera web. Ia telah lama digunakan negara luar dan Malaysia sedang
menunjukkan perkembangan. Untuk tujuan ini, anda boleh menggunakan Ustream,
iaitu perkhidmatan yang membawa video ke web secara langsung dengan mudah. Untuk
menggunakan Ustream, anda hanya memerlukan sedikit kepakaran dan pemasangan
plug-in Flash pada pelayar web anda.
3. Jadikan CCTV
Anda mungkin ingin memantau keadaan di rumah atau pejabat apabila tidak
berada di sana. Memang banyak pilihan kamera CCTV tetapi ia melibatkan kos yang
besar. Namun menggunakan kamera web yang diaktifkan oleh alamat IP tersendiri,
anda boleh sambungkan ia ke rangkaian dan memantau rumah menerusi aplikasi web.
Gunakan komputer anda sendiri sebagai pelayan, dan pemantauan dilakukan oleh
server kamera web anda sendiri. Pemasangan beberapa perisian pihak ketiga juga
membolehkan anda mengawal sudut pandangan kamera secara jarak jauh.
4. Tangkap pencuri
Ia adalah sesuatu yang sangat menarik. Hanya untuk pengguna Mac, anda boleh
memasang aplikasi iAlertU yang akan bertindak sebagai penggera dan secara pantas
bertindak balas mengambil gambar ‘pencuri’ yang menyentuh Mac anda. Bagi yang
tidak tahu, aplikasi ini telah lama diperkenalkan untuk keselamatan tambahan dan
memuat naik gambar ‘pencuri’ kepada pelayan FTP secara automatik. Dengan sedikit
penambahan skrip pada Mac, anda boleh mengambil gambar setiap percubaan login
tidak sah untuk tahu siapa yang cuba buka komputer anda tanpa kebenaran.
5. Perbualan Video
Dulu fungsi ini dianggap futuristik dan telah diilhamkan dalam beberapa filem
cereka dan sains fiksyen. Namun hari ini anda boleh melakukannya dan bukan
sekadar mengambil gambar depan komputer. Luaskan penggunaan kamera web untuk
bersembang di talian sama ada menerusi Skype atau platform sembang percuma lain
yang ada.
Kamera Digital & Telefon Bimbit
6. Lot Letak Kereta
Pernah anda tersesat di lot letak kereta? Jika tidak mahu digelar pelupa atau
panik tidak semena-mena kerana memikirkan kereta sudah hilang, gunakan kamera
digital atau kamera telefon bimbit anda. Ambil gambar penanda dan nombor lot
tempat letak kereta jika sedang keseorangan. Mungkin kelihatan lucu, tetapi kami
pasti anda salah seorang yang pernah melilau mencari kereta di pusat
membeli-belah.
7. Alat rujukan
Memulakan projek yang memerlukan anda membuka satu persatu perkakasan
bukanlah kepakaran setiap orang. Perkara-perkara seperti memasang paip, membaiki
pembersih vakum di rumah dan lain-lain sepatutnya boleh dilakukan dengan mudah
jika anda tahu keadaan sebelum dan selepasnya. Jadi, ambil gambar barangan
sebelum kerja-kerja pembaikan dibuat dan lakukan mengikut aturan. Selain itu,
jika sukar untuk menerangkan tentang barang rosak di rumah, ambil gambar dan
tunjukkan kepada tuan kedai masalah anda.
8. Penyimpan maklumat
Ketika anda sedang bercuti di luar negara, tiba-tiba telefon pintar anda
kehabisan bateri menyebabkan anda tidak dapat menggunakan GPS. Maka persediaan
yang paling bijak ialah rakam imej peta atau pun penunjuk arah penting dengan
kamera digital anda. Cari peta yang besar, lengkap dan anda turut boleh zoom
untuk lebih jelas. Jangan terlalu bergantung pada satu pilihan.
9. Kanta pembesar
Bukan semua tulisan pada surat khabar, bukau atau majalah mengikut
spesifikasi pandangan anda. Tulisan yang terlalu kecil sukar untuk dibaca dengan
mata kasar. Sedangkan cetakan halus inilah yang memainkan peranan penting
sebagai maklumat yang patut diketahui oleh anda. Jadi apa penyelesaiannya? Ambil
gambar teks ini dengan kamera digital atau telefon bimbit yang rata-ratanya
sekarang memiliki megapiksel yang bagus. Zum sehingga anda dapat membacanya.
Anda tidak pernah terfikir bukan, nah sekarang cuba.
10. Arahan visual
Kadangkala ada perkara yang anda ingin sampaikan kepada pekerja atau rakan,
yang boleh jadi terlalu teknikal dan mementingkan aturan yang betul, sedangkan
anda tidak berada di depan mereka. Arahan melalui tulisan belum tentu membantu.
Bercakap pula tidak dapat menunjukkan secara visual. Jadi, ambil masa sedikit
dan rakamkan setiap aturan yang betul dan berikan kepada pekerja atau rakan anda
untuk mengikutinya. Jika anda melukis sekalipun, minta seseorang untuk merakam
langkah demi langkah lukisan atau carta anda untuk dilihat dan diikuti
pekerja.
sumber : http://majalahpc.karangkraf.com/kamera-bukan-untuk-ambil-gambar-1.105428
Subscribe to:
Posts (Atom)